// SYAFIQAH NAZARI !
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

HI , I'M SYAFIQAH NAZARI . NINETEEN :D You only live once, but if you work it right, once is enough .


Bigfoots!

Put your CBOX codes here!


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Your Name
Others: ♥ â™¥ â™¥


kerjaya sebagai peguam

Assalamualaikum ~
dalam kesibukkan menghadapi final semesta *insyaAllah* sebagai student asasi law uia, sempat lagi saya membaca article2 tentang dunia perundangan..sekadar berkongsi bersama semua yang terlibat secara langsung & tidak langsung dalam dunia perundangan ini...


dipetik daripada http:mstar.com.my


Selasa Oktober 13, 2009 

BONA FIDE (in good faith) ... Oleh KHAIRUL ANWAR RAHMAT 

RAMAI yang bertanya pada saya, seronokkah menjadi seorang peguam? Apakah perasaan apabila menang bicara? Bagaimanakah saya boleh berani bertikam lidah dengan pihak lawan dan berhujah di depan para hakim? Ada juga yang membayangkan kehidupan saya penuh dengan kuasa malah glamor kerana kerjaya ini dilihat hebat dan berpengaruh.


Namun, di sebalik setiap persoalan itu, saya selalu merenung jauh ke dalam diri, menginsafi akan besarnya amanah dan tanggungjawab menjalankan tugas sebagai seorang peguam sama ada di dalam mahkamah sivil mahupun di mahkamah syariah.


Sejak di bangku kuliah lagi, pensyarah saya terutama Almarhum Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim telah mengingatkan bahawa kerjaya peguam bukanlah pentas untuk kita membela orang salah, jauh sekali memutarbelitkan fakta hanya semata-mata mahu kelihatan handal dan memenangi perbicaraan.


Umumnya, memang ramai berpendapat bahawa tugas seorang peguam adalah membela anak guamnya di mahkamah, membebaskan penjenayah atau bertikam lidah dengan hakim untuk memenangi kes yang diwakili.


Bagaimanapun, anggapan itu sebenarnya tidak tepat dan jauh sekali daripada erti kata profesion guaman sebenar. Seorang peguam, dalam erti kata yang hakiki bertanggungjawab membantu mahkamah mencari kebenaran, seterusnya menegakkan keadilan.


Pendek kata, seorang peguam memikul tanggungjawab berat iaitu memberikan hak kepada mereka yang berhak serta meletakkan keadilan di tempat sewajarnya.


Asas pelantikan seorang peguam adalah berdasarkan konsep al wakalah bi al khusumah yang mana seorang peguam bertindak sebagai wakil kepada anak guamnya dalam hal ehwal perbicaraan di mahkamah. Perwakilan ini bukan secara mutlak, tetapi dibataskan setakat tidak menghalalkan perkara haram atau mengharamkan perkara halal.


Sehubungan itu, apabila seorang peguam ditanya oleh anak guamnya ‘apa yang patut saya jawab jika ditanya soalan dalam mahkamah’, maka seorang peguam wajib menjawab ‘sentiasalah berkata benar walaupun ia mungkin tidak menguntungkan kes anda’.


Justeru itu, adalah tidak benar sama sekali jika ‘kehebatan’ seorang peguam itu diukur melalui ‘kepandaiannya’ memutarbelitkan fakta atau mereka-reka cerita di depan hakim, asalkan dapat memenangi sesuatu kes.


Malah, ada berpendapat seorang peguam tidak akan menjadi cemerlang sekiranya tidak mempunyai ‘kemahiran’ mengelirukan hakim dan mahkamah.


Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab setiap peguam, sama ada yang mewakili anak guam di Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah supaya sentiasa menjunjung etika dan adab sebagai seorang pejuang keadilan.


Seorang peguam selalu diingatkan supaya sentiasa memperjuangkan kebenaran. Firman Allah bermaksud:


“Wahai orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika dia (orang yang didakwa) kaya atau miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang daripada kebenaran. Dan jika kamu memutarbelitkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah an-Nisa’, ayat 135)


Beberapa hadis turut memperincikan bagaimana seorang peguam wajib memelihara etika dan tata caranya. Selain peguam, Rasulullah mengingakan hakim dan pihak yang betikai supaya sentiasa mematuhi prinsip kebenaran dan keadilan kerana ia dekat dengan takwa.


Daripada Ummu Salamah, bahwa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Aku hanya manusia biasa, sedangkan kamu mengadukan perkara kepadaku, barang kali sebahagian kamu lebih pintar berhujah daripada yang lain, lalu aku memutuskan berdasar apa yang kudengar. Oleh itu, siapa yang aku putuskan dengan mendapatkan hak saudaranya, maka janganlah dia menerimanya, kerana apa yang kuputuskan untuknya bererti sepotong kayu daripada api neraka.” (Sunah Abu Daud, Kitab al-Aqdiyah)


Ulama muktabar berpendapat, berdasarkan hadis di atas, pihak yang bertikai berhak untuk diwakili oleh peguam dalam mahkamah keadilan.


Apabila dirujuk berkenaan sesuatu kes, seorang peguam perlu bertindak sebagai seorang kaunselor atau penasihat kepada anak guamnya berkaitan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa dan kemungkinan tindakan yang boleh di ambil oleh anak guamnya.


Sebelum meneruskan langkah seterusnya, peguam syarie harus menasihatkan anak guamnya supaya berusaha menyelesaikan pertikaian melalui cara rundingan. Hal ini kerana prinsip keadilan akan lebih mudah dicapai jika setiap perselisihan dapat diselesaikanm melalui kaedah perdamaian.


Bagaimanpun, sekiranya prosiding mahkamah terpaksa diteruskan, tanggungjawab peguam adalah untuk mewakili pihak yang terbabit dengan prosiding perbicaraan.


Tugas seorang peguam merangkumi pembentangan dan pembelaan kes, di mana peguam bertanggungjawab terhadap pihak yang bertikai sama ada pihak pendakwa, didakwa, menuntut (Plaintif) atau kena tuntut (Defendan).


Dalam proses perbicaraan, seprang peguam perlu berhujah bagi pihak anak guam atau membawakan bukti sehingga nyata kebenaran anak guamnya.


Bagaimanapun, matlamat asas keadilan tidak akan terjejas. Hal ini kerana peguam perlu berhujah berlandakan kebenaran dan kejujuran supaya tidak sampai ke tahap menghalalkan perkara yang haram atau mengharamkan yang halal.


Sebagai penutup bicara, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Rozaid A.Rahman iaitu Editor Bersekutu kumpulan akhbar The Star kerana telah memberi peluang kepada saya menjadi kolumnis ruangan ini.


Saya sentiasa mengingatkan diri saya mengenai amanah dan tanggungjawab yang saya galas sebagai seorang peguam dan juga sebagai seorang penulis.


Saya sangat sedar bahawa untuk mengangkat martabat profesion ini, kita wajib mempamerkan akhlak mulia, bersikap amanah dan melaksanakan tanggungjawab berdasarkan ketetapan hukum syarak, peruntukan perlembagaan dan undang-undang supaya hidup kita sentiasa aman damai dan dirahmati Allah.


***KHAIRUL ANWAR RAHMAT adalah seorang pengamal undang-undang. Bagaimanapun beliau juga pernah berkhidmat sebagai wartawan sepenuh masa.